26/09/08

GALERI KAD akan membantu ANDA, yang berniaga dan bekerja menyerlahkan lagi personaliti dan perniagaan. Berbekalkan pengalaman lebih 8 tahun dalam industri ini, kini secara atas talian (on-line) memberikan para pelanggan kami lebih kemudahan.


Ya! Kini kad nama merupakan salah satu keperluan untuk memudahkan kita saling berhubung dengan memberikan maklumat asas tentang perniagaan atau jawatan kita, memudahkan kita menyimpan maklumat pelanggan, pembekal, kawan, peniaga atau siapa sahaja.

Bagi ahli perniagaan, ia salah satu cara promosi dan memudahkan para pelanggan kita untuk menghubungi kita kembali. Bayangkan dengan modal serendah RM0.19 sekeping, anda berpotensi mendapat projek bernilai ribuan malah jutaan ringgit!

Kad adalah salam ta'aruf atau salam perkenalan kita dengan para pelanggan. Samada kita berniaga atau bekerja, ia amat diperlukan. Ia merupakan 'pandangan pertama' para pelanggan terhadap perniagaan/diri kita. Awas! Kad nama yang cetakkannya pudar, rekabentuk ala kadar, penggunaan warna yang tidak sesuai dengan imej perniagaan, penggunaan kertas yang tidak berkualiti akan memberi impak dan kesan negatif kepada perniagaan kita walaupun perkhidmatan atau perniagaan kita adalah yang terbaik. Pastikan kad nama kita 'menyerlahkan' kredibiliti diri dan perniagaan kita.

Tiada ulasan: